Logo Konvensyen Pakatan Rakyat yang pertama menggambarkan ketiga-tiga entiti, iaitu Parti Keadilan Rakyat, Parti Islam SeMalaysia (PAS) & Parti Tindakan Demokratik (Democratic Action Party/DAP) berpakat dan bermusyawarah dalam semangat bersepakatan untuk memperjuang, menjaga & memelihara konsep kenegaraan Malaysia yang termaktub dalam perlembagaan 1957, yang dilambangkan dengan bunga raya berkelopakkan 5 kumpulan bangsa menjunjung perlembagaan berteraskan 5 prinsip Rukun Negara.Warna oren melambangkan api dan semangat juang yang sentiasa membara sesama ahli parti dalam Pakatan Rakyat.