TEMPAT: PANGSAPURI VALENCIA.
A BIG CLEAN-UP FOR SEK 25.
A BIG CLEAN-UP FOR SEK 25.
TOGETHER WITH DATUK BANDAR TUAN MAZLAN
AND YB RONNIE LIEW.
Residents participating in the gotong royong campaign.
YB Ronnie, Datuk Bandar and Sabastian, Zon 9 Councillor.
The awareness campaign attracted youngsters....
YB and DB dirty his hand with one of the resident.
Orange-coloured dustbins solely for the Zon Bersih.
YB presenting the dustbin to one of the resident.
Gotong Royong continue on......
GREAT TO SEE ALL RESIDENTS INVOLVED!!
MBSA tukar imej Seri Muda..,SINAR HARIAN 16/11/2009
SHAH ALAM – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) komited menjadikan kawasan Seri Muda berwajah baru dengan merealisasikan agenda Kerajaan Negeri menjadikannya sebagai Zon Bersih yang bebas daripada sampah sarap dan menyediakan kemudahan infrastruktur yang sempurna tanpa mengabaikan aspek keselamatan demi menjamin kehidupan masyarakat yang bersih serta sihat.Datuk Bandar Shah Alam, Mazalan Md Noor berkata,
bagi merealisasikan hasrat itu, MBSA menubuhkan satu jawatankuasa khas yang merangkumi jabatan dalaman MBSA dan juga Ahli-ahli Majlis bagi merancang strategi dan juga aktiviti yang boleh dilaksanakan bersama komuniti di sini agar kawasan Seri Muda sentiasa terjaga, bersih dan indah.Katanya, pihak MBSA memilih kawasan Seri Muda dan akan pastikan dalam masa setahun ka-wasan itu akan berubah menjadi sebuah kawasan penempatan bersih, kemudahan infrastruktur awam seperti jalan raya, longkang, lampu jalan, taman permainan diselenggarakan dengan baik.
“Saya pasti masyarakat di sini sememangnya inginkan perubahan dan bersemangat menukar imej Seri Muda yang sering dilabelkan sebagai kawasan yang tidak bersih dan tidak terurus kepada kawasan penempatan yang terurus, indah serta permai. “Saya memahami masalah yang dihadapi masyarakat di sini kerana dilihat ramai di antara penduduk di sini adalah pekerja asing antaranya Indonesia, Nepal, Bangladesh, Vietnam dan sebagainya,” katanya. Beliau berkata demikian ketika hadir merasmikan dan menyertai Program Gotong-Royong Zon Bersih di kawasan Pangsapuri Seri Muda bersama 500 penduduk dan 104 petugas Alam Flora di Pangsapuri Valencia, dekat sini. Difahamkan aktiviti gotong-royong itu melibatkan tiga lokasi iaitu Pangsapuri Valencia, Alora dan Mediterranean yang berada di bawah pentadbiran Ahli Majlis Zon 8, P Sebastian Rao. Menurutnya, kebanyakan kediaman di sini di- sewakan kepada pekerja asing menyukarkan bagi mendapatkan kerjasama dan komitmen daripada penduduk yang tinggal di kawasan perumahan tersebut.“Namun, saya tidak melihat ini sebagai penghalang kepada masyarakat di sini untuk hidup bersatu padu, mempunyai semangat muhibah dan dapat bertoleransi antara satu sama lain. “Saya berharap masyarakat setempat dapat berganding bahu dan kerja-sama dalam memastikan kawasan di sini bersih dan sampah sarap tidak di- buang secara sewenang-wenangnya,” katanya. Mazalan berkata, MBSA akan merancang pelbagai aktiviti dan membuat tindakan penambahbaikan dalam memastikan kawasan Seri Muda sentiasa bersih. “Program ini adalah langkah pertama bagi menggerakkan komuniti khususnya mereka yang tinggal di kawasan rumah bertingkat memainkan peranan yang lebih proaktif agar usaha ke arah pembersihan dapat dilaksanakan dengan baik. “MBSA juga akan mempertingkatkan lagi penyelenggaraan di taman awam, tandas awam, perhentian bas dan sebagainya. Penguatkuasaan kepada pemilik dan premis perniagaan akan dilaksanakan agar mereka tidak membuang sampah di merata-rata tempat,” katanya.