SEKSYEN U6 – Tindakan sewajarnya perlu diambil terhadap peniaga yang mengalibabakan lesen perniagaan mereka dan tidak mematuhi peraturan serta undang-undang yang ditetapkan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) terutamanya aspek kebersihan dan aktiviti perniagaan dijalankan di sekitar Seksyen U6, dekat sini.
Difahamkan, penglibatan peniaga asing dari pelbagai negara berniaga di kawasan Seksyen U6 melibatkan Pekan Subang dan kawasan sekitar seperti Kampung Melayu Subang dan Subang Perdana menyebabkan jumlah warga asing semakin ramai dan sangat kritikal di kawasan berkenaan.Pekerja swasta, Abdul Malik Musa, berkata, ini dibuktikan dengan kebanyakan premis akan ditutup pada hujung minggu kerana mereka akan bersiar menggunakan perkhidmatan awam seperti bas dan kehadiran ramai warga asing di hentian bas Pekan Subang.
Menurutnya, tindakan segelintir peniaga membuang sampah di merata-rata tempat terutamanya di belakang kawasan premis perniagaan mencemarkan persekitaran Subang dan sebahagiannya pula membuang sampah di kawasan hutan berhampiran.
Menurutnya, tindakan segelintir peniaga membuang sampah di merata-rata tempat terutamanya di belakang kawasan premis perniagaan mencemarkan persekitaran Subang dan sebahagiannya pula membuang sampah di kawasan hutan berhampiran.
“Pihak MBSA perlu turun padang dan melihat sendiri dengan lebih dekat masalah yang dihadapi oleh pendu duk sekitar Subang teruta manya masalah kebersihan kerana operasi perniagaan yang dijalankan tanpa mengikut peraturan yang ditetapkan.
“Saya berharap pihak MBSA mengambil tindakan selanjutnya terhadap pemilik premis yang mengalibabakan lesen dan degil untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan serta tidak mementingkan kebersihan kerana ia menyebabkan persekitaran Subang kotor,” katanya.
Abdul Malik berkata, kebanyakan premis perniagaan dijalankan oleh peniaga yang berasal dari Indonesia, Bangladesh, India dan Thailand yang terlibat dengan perniagaan buah, barangan runcit dan sebagainya.
“Keadaan ini telah berlaku sejak beberapa tahun lalu di mana penduduk tempatan mengambil pekerja asing dan membenarkan mereka menjalankan operasi perniagaan.
“Saya difahamkan, pihak MBSA ada membuat pemeriksaan terhadap premis dan kedai tanpa lesen yang diusahakan oleh peniaga luar tetapi susah untuk dibuktikan kebenaran pemilik kedai itu kerana setiap kali operasi diadakan, pemilik kedai akan ada,” katanya.
Beliau berkata, banyak kawasan lorong di belakang premis perniagaan menjadi tempat longgokan sampah dan banyak iklan haram digantung serta peniaga menjalankan perniagaan tanpa mementingkan aspek kebersihan.