SPACE FOR ADVERTISEMENT.


Thursday, December 17, 2009

MBSA@WORK; RAID ON CYBER-CENTRE IN SUBANG PERDANA.

SUBANG - Setelah menyedari premis judi tempat mereka bekerja diserbu, tiga pekerja Bangladesh bertindak nekab memanjat bumbung bangun itu bagi menggelakkan diri daripada diberkas.Dalam serbuan yang dilakukan sepasukan 30 anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) jam 4 petang, kelmarin, tiga pusat siber judi berjaya diserbu.Bagaimanapun pihak penguat kuasa terpaksa mengambil masa untuk memecahkan pintu ketiga-tiga premis kerana dikunci dari dalam. Hasilnya 130 set komputer bersama set permainan snuker dirampas. Ahli Majlis MBSA, Ir Izham Hashim berkata, serbuan dilakukan berikutan premis-premis itu beroperasi secara haram.
“Premis itu beroperasi tanpa lesen dan mengambil kesempatan menawarkan permainan berunsur judi kepada pengunjung,” katanya Menurut beliau, pihaknya menerima banyak aduan daripada orang ramai dan penduduk setempat berhubung premis-premis berkenaan yang dilihat semakin banyak beroperasi di kawasan Subang Perdana. Kata Ir Izham, tindakan lebih tegas akan diambil sekiranya pengusaha –pengusaha terbabit masih berdegil termasuk tindakan kunci dan sita kedai akan dibuat bagi memastikan aktiviti mereka lumpuh sama sekali. Tindakan diambil di bawah Undang-Undang Kecil Pusat Siber dan Kafe Siber (MBSA) 2000 Peruntukan 3 kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen. - Izwan Rozlin
Petikan dari Sinar Harian.

RECENT TOP 10 POSTS:

Related Posts with Thumbnails